10 March 2015

TIPS KEUSAHAWANAN: PANDUAN PERNIAGAAN MINUMAN BERASASKAN BUAH

Assalamualaikum.

Panduan ini penting bagi setiap usahawan jus buah-buahan terutamanya dalam meletakkan label pada produk minuman mereka. Setiap produk minuman perlu dilabelkan dengan betul mengikut kategori samada minuman jus buah, minuman buah, minuman berperisa ataupun minuman 100% jus. Setiap kategori mempunyai kriteria yang perlu dipatuhi mengikut akta-akta yang ditetapkan.





1.Minuman Jus Buah

Bagi menghasilkan minuman jus buah, perahan jus buah atau air buah boleh dicampur dengan air dan boleh ditambah gula, bahan perisa, kondisioner makanan, pengawet dan pewarna yang dibenarkan. Minuman jus buah yang dihasilkan wajib mengandungi tidak kurang 35% jus buah asli.

2. Minuman Buah

Bagi minuman buah pula, perahan jus buah boleh dicampur dengan air dan ditambah dengan gula, bahan perisa, kondisioner makanan dan lain-lain seperti air minuman jus buah. Minuman buah yang dihasilkan wajib mengandungi tidak kurang 5% jus buah asli.

3. Minuman Berperisa

Bagi minuman berperisa pula, tidak perlu mengandungi perahan buah tetapi boleh sekadar menggunakan sirap atau bahan perisa yang dibenarkan. Boleh juga mengandungi perahan buah jus.

4. Minuman 100% Jus

Untuk mengeluarkan minuman 100% jus, ianya perlu dihasilkan dari perahan buah dengan tidak dicampur sebarang bahan lain.


Sekiranya minuman yang dihasilkan termasuk dalam kumpulan minuman HERBA, produk hendaklah dihantar ke jabatan farmasi untuk disahkan statusnya sama ada air minuman herba atau tonik. Jumlah kandungan Heavy Metal tidak boleh melebihi had di bawah:

1. Lead - 10.0 mg/kg/L
2. Arsenic - 5.0 mg/kg/L
3. Merkuri - 0.5 mg/kg/L
4. Cadmium - 0.3 mg/kg/L

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen yang bernas :)