Assalamualaikum.
Antara masalah utama untuk peniaga yang baru berjinak-jinak dengan online business adalah untuk mengetahui cara yang paling ideal dan mudah untuk menghantar barang kepada pelanggan. Ditambah pula dengan perkembangan yang pesat dalam dunia perniagaan online, pembeli sudah tidak perlu bersusah payah ke kedai untuk membeli barangan yang dikehendaki. Hanya pilih barangan, buat bayaran dan kemudian barang yang dibeli akan sampai di depan rumah. So easy :)
Biasanya, untuk menghantar barang kepada pelanggan, kita perlu bungkus dahulu barang dengan kotak sendiri, balut kotak, bawa ke pejabat pos untuk timbang berat barang, buat bayaran dan selesai. Tetapi dengan adanya pakej prabayar daripada Pos Laju ini telah memudahkan para peniaga untuk menghantar barang.
Pakej Prabayar daripada Pos Laju
Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya mudah. Kita hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barang yang kita mahu hantarkan, masukkan barang, isi nota konsignmen dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.
Nak Dapatkan di mana?
Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di:
Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Oren)
Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru)
Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar
Sumber: Website Pos Laju
Pakej Prabayar daripada Pos Laju
Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya mudah. Kita hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barang yang kita mahu hantarkan, masukkan barang, isi nota konsignmen dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.
Nak Dapatkan di mana?
Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di:
- Mana-mana outlet Pos Malaysia
- Cawangan-cawangan Pos Laju
- Pusat servis Pos Laju
- Kiosk-kiosk Pos Laju
- Agen yang dilantik Pos Laju
Sampul dan kotak prabayar adalah untuk barangan yang beratnya antara 500g hingga 10kg untuk penghantaran dalam Malaysia. Ada 2 jenis sampul dan kotak prabayar disediakan. Warna oren dan biru adalah merangkumi kawasan perkhidmatan seperti yang dinyatakan.
Untuk sampul dan kotak prabayar berwarna oren, kawasan perkhidmatan adalah merangkumi:
- Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia
- Sabah ke Sabah
- Sarawak ke Sarawak
Untuk sampul dan kotak prabayar berwarn biru pula, kawasan perkhidmatan merangkumi:
- Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak
- Sabah/Sarawak ke Semenanjung Malaysia
- Sabah ke Sarawak
- Sarawak ke Sabah
Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Oren)
Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru)
Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar
- Beli Sampul atau Kotak Prabayar di mana-mana tempat seperti yang dinyatakan di atas.
- Isikan maklumat dalam nota kiriman (consignment note) yang disertakan bersama Sampul atau Kotak Prabayar.
- Masukkan nota kiriman yang telah diisi ke dalam poket plastik yang tersedia pada Sampul atau Kotak Prabayar.
- Serahkan Sampul atau Kotak Prabayar pada mana-mana pusat Pos Laju atau Pejabat Pos berdekatan untuk penghantaran.
PENTING!!!
- Pastikan anda mendapat salinan nota kiriman sebagai bukti rujukan tracking number untuk mengetahui status barang anda berada di mana.
- Pastikan anda menggunakan sampul atau kotak prabayar yang bersesuaian dengan berat barang anda (secara anggaran atau timbang sendiri).
Sumber: Website Pos Laju
macam mana kalau sy nak post guitar yaa??
ReplyDeleteKena guna yg kotak kot. Tapi cuba tanya kat kaunter pos malaysia.
ReplyDeleteSaya nak post komputer dari Melaka post ke Kelantan.. brapa harga and kotak tu beli kt tmpat kaunter post ke? Or sndiri cari?
ReplyDeleteHarga kotak tu termasuk pos ke
ReplyDeleteKalau barang 180g nk pos ke sbah srawak brape ya?
ReplyDeleteJika guna kotak sendiri, untuk pos biasa,adakah bungkusan luar kotak boleh guna plastik hitam, kertas mahjong atau kertas minyak?
ReplyDeleteSaya ingin menghantar skateboard , jadi saya perlu bungkus menggunakan apa ya?
ReplyDeleteMacam mana cara pos barang dari johor ke malaka? Dalam berapa hari boleh sampai?
ReplyDeleteKalau beli parcel 1kg...
ReplyDeleteTp brg terlebih dlm 100g kena beli yg 2kg pnya ke?
saya nk pos selimut besar..sye patut bungkus pakai ape ye
ReplyDeleteJika saya nk pos tayar kereta saiz 18 ke selangor berapa kosnya?
ReplyDeleteJika saya nk pos tauar kereta saiz 18 inci ,berapa 20kg ,bungkusan guni,berapa kosnya?
Saya nak post hadiah tapi bungkus pakai apa ya???
ReplyDelete