01 April 2015

JUS DELIMA LINDUNGI JANTUNG DAN CEGAH KANSER

Assalamualaikum.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Antara ringkasan daripada artikel di atas, kita boleh simpulkan bahawa:
  • Buah delima dikenali dengan nama saintifiknya, Punica Granatum.
  • Dikatakan sebagai 'buah hebat' yang mampu melegakan banyak gejala-gejala penyakit moden.
  • Buahnya selalu dimakan mentah atau dijadikan jus untuk diminum.
  • Kebanyakan fitokimia boleh ditemui di dalam kulit buah delima. Akar dan kulit pokok delima turut digunakan untuk perubatan.
  • Jus ekstrak buah delima adalah sumber yang kaya dengan polifenol, bahan kimia tumbuhan yang menghasilkan rasa dan warnanya.
  • Polifenol juga merupakan antioksidan, yang bermakna mampu membantu melindungi sel-sel daripada rosak dan boleh merendahkan inflamasi dalam tubuh.
  • Buah delima juga tinggi dengan vitamin C. Sebiji buah delima menghasilkan kira-kira 40% vitamin yang diperlukan setiap hari.
  • Kandungan antioksidan dan zat yang tinggi, jika kerap meminum jus buah delima dikatakan boleh mencegah kanser.
  • Ekstrak jus daripada buah, kulit dan minyak buah delima dikatakan mampu memperlahankan penghasilan semula sel-sel kanser dan boleh mempercepatkan kematian sel-sel kanser.
  • Ekstrak buah delima juga dikatakan mampu mengurangkan bekalan darah kepada tumor, sekaligus melaparkan tumor dan menjadikan ia kecil. Fokus kajian kepada sel-sel payudara dan prostat.
  • Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah delima juga dikatakan mampu merawat masalah jantung.
  • Jus buah delima juga dikatakan melindungi kolestrol jahat (LDL) daripada menjadi rosak.
  • Kajian mendapati bahawa jus buah delima mampu memperbaiki peredaran darah dan memastikan arteri menjadi tebal dan kaku.
  • Flavonol yang hampir sama dengan apa yang ditemui dalam jus delima mampu digunakan untuk merawat osteoartritis.
  • Kegunaan perubatan akar, buah dan kulit delima  adalah dikatakan mampu merawat cirit-birit, mengurangkan demam, membunuh cacing dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah darah, dan mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen yang bernas :)