Assalamualaikum. Seperti yang kita ketahui, buah kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat dan manfaat kepada tubuh badan kita. Antara khasiat buah kurma ialah:
1. Kurma mempunyai khasiat yang dapat mencegah seperti penyakit jantung dan kencing manis. Buah kurma mengandungi zat galian
seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah
merah. Berdasarkan kajian, pengambilan buah kurma yang konsisten dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
2. Kurma boleh memanaskan badan dan
merangsang kesihatan wanita mengandung dan anak yang dikandung. Juga dapat memudahkan
wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang
siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia dapat
membunuh semua kuman di dalam tubuh badannya”.
4. Kanak-kanak adalah sangat digalakkan memakan lebih
banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran dan membentuk minda kanak-kanak.
5. Kurma dapat membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun dan Cerdas Pemikiran.
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. :
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.”
Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar
anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci
serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma
merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu
Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir,
lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan
nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma makanan yang paling sempurna. Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma
nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma
dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma
dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin
baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar,
kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang
tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem,
sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal.
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar
dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam
boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan
alternatif. Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan
pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga
waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah
jadikan yang masih manusia tidak tahu .
Dengan sebab itulah pengambilan buah
kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika
seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar
dijadikan amalan harian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan komen yang bernas :)