06 April 2015

KHASIAT BUAH KURMA YANG PERLU DIKETAHUI

Assalamualaikum. Seperti yang kita ketahui, buah kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat dan manfaat kepada tubuh badan kita. Antara khasiat buah kurma ialah:




1. Kurma mempunyai khasiat yang dapat mencegah seperti penyakit jantung dan kencing manis. Buah kurma mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Berdasarkan kajian, pengambilan buah kurma yang konsisten dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

2. Kurma boleh memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita mengandung dan anak yang dikandung. Juga dapat memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia dapat membunuh semua kuman di dalam tubuh badannya”.

4. Kanak-kanak adalah sangat digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran dan membentuk minda kanak-kanak.

5. Kurma dapat membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun dan Cerdas Pemikiran.

Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.


6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

7. Buah Kurma makanan yang paling sempurna. Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal.

10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif. Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .

Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.


05 April 2015

CARA POS BARANG MENGGUNAKAN POS LAJU

Assalamualaikum.

Antara masalah utama untuk peniaga yang baru berjinak-jinak dengan online business adalah untuk mengetahui cara yang paling ideal dan mudah untuk menghantar barang kepada pelanggan. Ditambah pula dengan perkembangan yang pesat dalam dunia perniagaan online, pembeli sudah tidak perlu bersusah payah ke kedai untuk membeli barangan yang dikehendaki. Hanya pilih barangan, buat bayaran dan kemudian barang yang dibeli akan sampai di depan rumah. So easy :)

Biasanya, untuk menghantar barang kepada pelanggan, kita perlu bungkus dahulu barang dengan kotak sendiri, balut kotak, bawa ke pejabat pos untuk timbang berat barang, buat bayaran dan selesai. Tetapi dengan adanya pakej prabayar daripada Pos Laju ini telah memudahkan para peniaga untuk menghantar barang.

Pakej Prabayar daripada Pos Laju

Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya mudah. Kita hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barang yang kita mahu hantarkan, masukkan barang, isi nota konsignmen dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.

Nak Dapatkan di mana?

Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di:

  • Mana-mana outlet Pos Malaysia
  • Cawangan-cawangan Pos Laju
  • Pusat servis Pos Laju
  • Kiosk-kiosk Pos Laju
  • Agen yang dilantik Pos Laju

Sampul dan kotak prabayar adalah untuk barangan yang beratnya antara 500g hingga 10kg untuk penghantaran dalam Malaysia. Ada 2 jenis sampul dan kotak prabayar disediakan. Warna oren dan biru adalah merangkumi kawasan perkhidmatan seperti yang dinyatakan.


Untuk sampul dan kotak prabayar berwarna oren, kawasan perkhidmatan adalah merangkumi:

  • Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia
  • Sabah ke Sabah
  • Sarawak ke Sarawak

Untuk sampul dan kotak prabayar berwarn biru pula, kawasan perkhidmatan merangkumi:
  • Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak
  • Sabah/Sarawak ke Semenanjung Malaysia
  • Sabah ke Sarawak
  • Sarawak ke Sabah

Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Oren)


Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru)


Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar

  1. Beli Sampul atau Kotak Prabayar di mana-mana tempat seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Isikan maklumat dalam nota kiriman (consignment note) yang disertakan bersama Sampul atau Kotak Prabayar.
  3. Masukkan nota kiriman yang telah diisi ke dalam poket plastik yang tersedia pada Sampul atau Kotak Prabayar. 
  4. Serahkan Sampul atau Kotak Prabayar pada mana-mana pusat Pos Laju atau Pejabat Pos berdekatan untuk penghantaran.

PENTING!!!

  • Pastikan anda mendapat salinan nota kiriman sebagai bukti rujukan tracking number untuk mengetahui status barang anda berada di mana.
  • Pastikan anda menggunakan sampul atau kotak prabayar yang bersesuaian dengan berat barang anda (secara anggaran atau timbang sendiri).


Sumber: Website Pos Laju

01 April 2015

JUS DELIMA LINDUNGI JANTUNG DAN CEGAH KANSER

Assalamualaikum.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Antara ringkasan daripada artikel di atas, kita boleh simpulkan bahawa:
  • Buah delima dikenali dengan nama saintifiknya, Punica Granatum.
  • Dikatakan sebagai 'buah hebat' yang mampu melegakan banyak gejala-gejala penyakit moden.
  • Buahnya selalu dimakan mentah atau dijadikan jus untuk diminum.
  • Kebanyakan fitokimia boleh ditemui di dalam kulit buah delima. Akar dan kulit pokok delima turut digunakan untuk perubatan.
  • Jus ekstrak buah delima adalah sumber yang kaya dengan polifenol, bahan kimia tumbuhan yang menghasilkan rasa dan warnanya.
  • Polifenol juga merupakan antioksidan, yang bermakna mampu membantu melindungi sel-sel daripada rosak dan boleh merendahkan inflamasi dalam tubuh.
  • Buah delima juga tinggi dengan vitamin C. Sebiji buah delima menghasilkan kira-kira 40% vitamin yang diperlukan setiap hari.
  • Kandungan antioksidan dan zat yang tinggi, jika kerap meminum jus buah delima dikatakan boleh mencegah kanser.
  • Ekstrak jus daripada buah, kulit dan minyak buah delima dikatakan mampu memperlahankan penghasilan semula sel-sel kanser dan boleh mempercepatkan kematian sel-sel kanser.
  • Ekstrak buah delima juga dikatakan mampu mengurangkan bekalan darah kepada tumor, sekaligus melaparkan tumor dan menjadikan ia kecil. Fokus kajian kepada sel-sel payudara dan prostat.
  • Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah delima juga dikatakan mampu merawat masalah jantung.
  • Jus buah delima juga dikatakan melindungi kolestrol jahat (LDL) daripada menjadi rosak.
  • Kajian mendapati bahawa jus buah delima mampu memperbaiki peredaran darah dan memastikan arteri menjadi tebal dan kaku.
  • Flavonol yang hampir sama dengan apa yang ditemui dalam jus delima mampu digunakan untuk merawat osteoartritis.
  • Kegunaan perubatan akar, buah dan kulit delima  adalah dikatakan mampu merawat cirit-birit, mengurangkan demam, membunuh cacing dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah darah, dan mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.