26 March 2015

KELEBIHAN AIR BERALKALI

Assalamualaikum.

Pernahkah anda mendengar tentang air beralkali dan air berasid? Bagaimana dikatakan air itu bersifat alkali atau berasid? Semuanya ditentukan dengan ujikaji terhadap nilai pH dalam kandungan air tersebut.



Antara kelebihan air beralkali ialah:

1. Anda akan sentiasa berhidrasi

Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil bebanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.

2. Menyeimbangkan nilai pH di dalam badan

Air alkali dihasilkan daripada proses pengionan yang boleh meningkatkan nilai pH di dalam badan. Lebihan elektron pada air alkali dapat bergabung dengan ion toksin atau patogen serta meneutralkan asid yang menyebabkan penyakit di dalam badan.

3. Meningkatkan tenaga

Air beralkali bersifat antioksidan dan boleh meningkatkan penyerapan nutrien daripada makanan dan mengeluarkan toksin. Dengan ini, badan akan lebih bertenaga apabila anda bangun daripada tidur.

4. Menambahkan kandungan oksigen di dalam darah

Minum air beralkali boleh meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Ini kerana air alkali bersifat ion yang dapat meneutralkan dan menghalang tindakan radikal bebas ke atas sistem badan. Ia seterusnya menukarkan kepada oksigen yang diperlukan oleh sel-sel badan.

5. Penawar kepada masalah kesihatan

Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirik-birit dan angin yang berlebihan.

Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.

6. Air alkali adalah ejen antioksida yang unggul

Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud 'bebas' di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.

Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk 'menangkap' radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.

Air alkali mengadungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

7. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan

Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.

Apabila dibacakan dengan perkataan 'cinta', 'aman' dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan bebentuk seperti hablur yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti 'benci', 'sedih', 'perang', kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.

Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.

Fenomena ini juga sinonim dengan amalan 'air jampi' umat Islam yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum. Sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya' ayat 30 yang bermaksud, "Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup".


Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik.

Dengan menggantikan air biasa dengan alkali seperti Air Anugerah sebagai minuman harian, ia memberi manfaat yang baik untuk kesihatan badan yang bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga sahaja.

Sumber: Fb Anugerah Quran

13 March 2015

KENALI BUAH DELIMA

Assalamualaikum.

Ihsan Goole

Buah delima antara buah-buahan yang mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk tubuh badan kita. Allah telah menyebut tentang buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab, sebanyak 3 kali di dalam Al-Quran untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu. Ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Apakah keistimewaan disebalik sebiji buah delima? Di dalam Al-Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud:

"Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima."
(Surah Ar-Rahman ayat 68)

Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia, yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firman Allah:

"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasa) dan yang tidak bersamaan. .."
(Surah Al-An'am ayat 99)

"Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu), kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan pohon-pohon yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan rasa) dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.
(Surah Al-An'am ayat 142)


Fakta Mengenai Buah Delima:
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.
  • Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).


10 March 2015

TIPS KEUSAHAWANAN: PANDUAN PERNIAGAAN MINUMAN BERASASKAN BUAH

Assalamualaikum.

Panduan ini penting bagi setiap usahawan jus buah-buahan terutamanya dalam meletakkan label pada produk minuman mereka. Setiap produk minuman perlu dilabelkan dengan betul mengikut kategori samada minuman jus buah, minuman buah, minuman berperisa ataupun minuman 100% jus. Setiap kategori mempunyai kriteria yang perlu dipatuhi mengikut akta-akta yang ditetapkan.





1.Minuman Jus Buah

Bagi menghasilkan minuman jus buah, perahan jus buah atau air buah boleh dicampur dengan air dan boleh ditambah gula, bahan perisa, kondisioner makanan, pengawet dan pewarna yang dibenarkan. Minuman jus buah yang dihasilkan wajib mengandungi tidak kurang 35% jus buah asli.

2. Minuman Buah

Bagi minuman buah pula, perahan jus buah boleh dicampur dengan air dan ditambah dengan gula, bahan perisa, kondisioner makanan dan lain-lain seperti air minuman jus buah. Minuman buah yang dihasilkan wajib mengandungi tidak kurang 5% jus buah asli.

3. Minuman Berperisa

Bagi minuman berperisa pula, tidak perlu mengandungi perahan buah tetapi boleh sekadar menggunakan sirap atau bahan perisa yang dibenarkan. Boleh juga mengandungi perahan buah jus.

4. Minuman 100% Jus

Untuk mengeluarkan minuman 100% jus, ianya perlu dihasilkan dari perahan buah dengan tidak dicampur sebarang bahan lain.


Sekiranya minuman yang dihasilkan termasuk dalam kumpulan minuman HERBA, produk hendaklah dihantar ke jabatan farmasi untuk disahkan statusnya sama ada air minuman herba atau tonik. Jumlah kandungan Heavy Metal tidak boleh melebihi had di bawah:

1. Lead - 10.0 mg/kg/L
2. Arsenic - 5.0 mg/kg/L
3. Merkuri - 0.5 mg/kg/L
4. Cadmium - 0.3 mg/kg/L

07 March 2015

KELAB USAHAWAN SELANGOR (KUSEL)

Kelab Usahawan Selangor (KUSEL)


Bagi usahawan bumiputera seluruh negeri Selangor, nama KUSEL sudah tidak asing lagi walaupun KUSEL baru setahun ditubuhkan. Lebih dari 1000 syarikat telah didaftar sebagai ahli KUSEL dan bilangan semakin bertambah dan bertambah.

KUSEL ditubuhkan secara rasmi untuk membantu usahawan bumiputera seluruh negeri Selangor. Perjumpaan ahli dibuat setiap hari Rabu dari pukul 2 petang sehingga 5 petang di Tingkat 3 Bangunan UMNO, Shah Alam.

Dalam setiap perjumpaan, Datuk Zaini selalu berkata bahawa perjumpaan dibuat di dalam Bangunan UMNO bukanlah bererti KUSEL hanya untuk penyokong UMNO semata-mata. Bangunan UMNO dipilih disebabkan sewa dewan yang murah. Tidak pernah walau sekalipun cerita politik ditimbulkan dalam KUSEL. Semuanya adalah topik keusahawanan, keusahawanan dan keusahawanan, khusus untuk membantu usahawan tidak kira parti apa pun asalkan bukan PATI. Hehe.

Bantuan TEKUN kepada ahli KUSEL

Perjumpaan yang diadakan pada setiap hari rabu terbuka kepada umum. Tidak kira sama ada usahawan yang sudah berjaya, usahawan yang baru nak bermula, atau yang belum jadi usahawan pun boleh datang. Bahkan ramai juga yang datang tanpa bermula apa-apa, kemudian mempunyai bisnes sendiri lepas hadir program keusahawanan KUSEL.

Gambar perjumpaan di KUSEL.

Kehadiran adalah PERCUMA, tiada bayaran ya. Tapi kalau ambil kuih kat depan pintu dewan tu kena lah bayar ya sebab tu kuih orang berniaga. Hehehe.

SEBAB UTAMA usahawan bumiputera Selangor perlu datang ke perjumpaan KUSEL:

- KUSEL dipimpin oleh Datuk Zaini yang komited membantu para usahawan
- Peluang perniagaan yang terbuka luas
- Berkumpulnya usahawa-usahawan untuk networking
- Barisan MENTOR utk membantu perniagaan anda. Ada lebih 50 mentor dari pelbagai bidang perniagaan.
- KUSEL dapat membantu usahawan dalam dapatkan sumber kewangan perniagaan (pinjaman)
- Info perniagaan, tips dan maklumat perniagaan dan usahawan setiap hari Rabu
- Ada link ke badan-badan kerajaan & swasta yang boleh bantu usahawan

Info berkenaan KUSEL boleh dapatkan di sini.

Tak percaya?? Datang dulu baru tahu...Redah je masuk masa perjumpaan...Tak kena bayar pun... :)

06 March 2015

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum.

Dunia keusahawanan sememangnya dunia yang sangat mencabar.

Antara topik-topik yang akan dikongsi di dalam blog mercuilham termasuk tip-tip keusahawanan, tip-tip perniagaan online, ilmu pemasaran, kursus-kursus keusahawanan, pengalaman persendirian penulis, motivasi keusahawanan, perkongsian ilmu agama, dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan artikel-artikel rileks dan santai sebagai rempah-ratus kehidupan. Rempah-ratus tradisi turun-temurun sahaja. Tak termasuk MSG yang penyumbang kepada kanser.